Mahir Masak Kelas 9 & 10

16 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 15 Disember 2024 telah diadakan Mahir Masak Kelas 9 dan 10 sesi pertama yang telah di laksanakan secara dalam talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felcra Sungai Ara. Mahir Masak Kelas 9 sesi pertama ini di laksanakan pada setiap hari ahad pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, manakala Mahir Masak Kelas 10 di laksanakan pada hari yang sama pada jam 4.00 petang hingga 5 petang.

Tujuan kelas pada kali ini adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Mahir Training System (MTS). Pada kelas kali ini, mereka diberikan penerangan dan juga pengenalan berkaitan dengan penggunaan Mahir Training System (MTS) dan cara menukar kata laluan serta merekodkan kehadiran peserta. Di akhir kelas ini, mereka dapat mengetahui cara penggunaan laman Mahir Training System (MTS).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali